Tuesday 4 December 2012

TEKNIK BELAJAR MATEMATIK



Matematik merupakan satu matapelajaran yang penting dan sentiasa digunakan secara meluas di dalam kehidupan seharian. Tetapi senario di kalangan pelajar menganggap bahawa mata pelajaran Matematik adalah susah dan ada yang tidak suka langsung dengan mata pelajaran ini. Hasil carian di laman web, saya ingin berkongsi maklumat yang saya perolehi supaya dapat dikongsi bersama.

Teknik Belajar Matematik Aktif 
  • Kenalpasti apa yang tahu dan apa yang tidak tahu. Pelajar juga perlu tahu bagaimana untuk meminta bantuan guru bagi menyelesaikan masalah yang tidak faham.
  • Aktifkan diri dalam kelas Matematik: Dinasihatkan agar, belajar dahulu sepintas-lalu  secara bersendirian sebelum kelas bermula.
  • Ambil peluang untuk bertanya apa yang anda tidak faham apabila berpeluang.
  • Berjumpa guru di waktu rehat untuk bertanyakan masalah penyelesaian Matematik: Cara begini akan lebih mendekatkan pelajar dengan guru serta lebih memotivasikan pelajar untuk berjaya dalam subjek Matematik. 

Teknik Belajar Matematik adalah Berbeza dengan Pelajaran Lain

Matematik adalah satu subjek yang menitikberatkan proses penyelesaian masalah. Penyelesaian masalah secara tidak langsung membantu pelajar untuk lebih memahami dan mengingati topik-topik dan formula-formula Matematik dengan mudah. Di samping itu, ia juga dapat membiasakan pelajar dengan teknik menjawab soalan yang betul. Perkara yang paling penting adalah, memahami konsep asas Matematik.


Masa Belajar Matematik
 
Masa ulangkaji adalah fleksibel dan terpulang kepada pelajar untuk mengaturnya. Sebagai cadangan,  para pelajar perlu membuat latihan matematik pada setiap hari, dan sekurang kurangnya, 1- 2 jam sehari. Pastikan setiap soalan adalah benar-benar berkualiti dan mencabar.

Untuk mengelakkan rasa bosan, pelajar juga boleh mewujudkan kumpulan belajar sendiri bersama rakan-rakan sekolah. Jika mempunyai masalah, pelajar boleh bertanya kepada rakan-rakan, guru-guru atau tutor bagi memberi tunjuk-ajar kepada mereka. 

SUMBER : http://infitahhometuition.com

1 comment: