Tuesday 11 December 2012

TIMBANGAN BERAT


Kemahiran asas bagi tajuk ini ialah kemahiran membaca muka penimbang. Kemahiran ini dianggap mudah oleh murid-murid hingga mereka mengabaikannya. Walaupun dianggap mudah, namun ia adalah kemahiran yang wajib dikuasai kerana ia adalah salah satu kemahiran yang berkait rapat dengan kehidupan harian kita terutamanya dalam urusan jual beli. 

Jenis-jenis penimbang yang biasa digunakan.




Berikut ialah antara pengetahuan asas berkaitan kemahiran ini :
·         Penimbang yang biasa digunakan adalah menggunakan dua unit kilogram dan gram.
·         Bagi objek yang jisimnya ringan, unit timbangan yang digunakan biasanya ialah gram.
·         Bagi objek yang jisimnya lebih berat, unit timbangan yang digunakan ialah kilogram.


Membaca Alat Penimbang

Untuk memulakan sebarang timbangan sesuatu objek atau barangan, jarum alat penimbang mestilah bermula daripada ‘0’(sifar).

Bagi penimbang yang menggunakan unit timbangan Kilogram(kg), terdapat empat jenis penimbang yang biasanya digunakan. Grafik berikut menunjukkan bagaimana kita boleh membaca unit timbangan berat bagi empat jenis penimbang tersebut.

Pertukaran Unit Dalam Timbangan Berat


 




Contoh Membaca Alat Penimbang

·       *Unit penimbang akan ditunjukkan di tengah-tengah muka penimbang.
·      *Penimbang di atas menunjukkan berat buah mangga ialah 3.6 kilogram atau  3600 gram
·      *Kesalahan lazim murid ialah membaca jisim objek tanpa melihat unit utama timbangan menyebabkan mereka  menulis unit yang salah dalam jawapan. Contoh: 3.6 gram atau 3600 kilogram

7 comments:

  1. Syabas, penerangan yang jelas! Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat.^^

    ReplyDelete
  2. Pekongsian ilmu yang amat baik.. tahniah cikgu..

    ReplyDelete
  3. tahniah cikgu...blog yang menarik dan berinformasi

    ReplyDelete
  4. Tahniah cikgu! Perkongsin yang sangat baik. Teruskan usaha murni cikgu agar dapat dikongsi dan dimanfaatkan bersama. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Tahniah Mai, semoga perkongsian ilmu dan idea ini akan dapat menambah pengetahuan.

    Pautan ke Maths In English Insha Allah akan mencantikkan MBI

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas sokongan rakan-rakan semua. Saya akan cuba 'update' blog ini dengan info yang boleh dikongsi bersama.

    ReplyDelete